Monday, December 6, 2010

Fact Terus ! - MySpace Bermasalah? Mungkin Akan Ditutup?


Sebelum era Facebook masa kini, ramai yang menghabiskan masa mereka pada laman Friendster dan juga MySpace dalam mencari kenalan selain berkongsi perkara menarik bersama rakan mereka. Namun begitu, amat mendukacitakan yang mana MySpace yang dilancarkan pada Ogos 2003 itu kini dilihat susah untuk hidup, walaupun telah memperkenalkan penjenamaan semula sebelum ini.

Menurut Guardian UK, syarikat disebalik MySpace, iaitu News Corp telah pun memberikan notis untuk MySpace, selain memperkatakan yang mana laman tersebut kini bermasalah, serta angka trafik yang masih tidak mencapai suatu arah yang betul. Ianya diperkatakan yang mana MySpace telah menambah lebih kurang $30 juta kerugian untuk News Corp. Ianya diperkatakan, sekiranya tiada perkembangan yang baik, berkemungkinan besar, News Corp akan menutup pintu untuk salah satu laman terkemuka pada awal dunia internet dahulu.

via: Amanz.My

No comments:

Post a Comment